Aktiviti

TUJUAN PENYELIDIKAN.

Sejak tahun 2012, kami telah mengendalikan penyelidikan mengenai makanan halal iaitu salah satu budaya masyarakat orang Islam. hasil tinjauan menunjukkan bahawa budaya makanan Jepun dan konsep makanan halal berkongsi asas yang sama dari segi kebersihan dan baik untuk kesihatan.

Secara asasnya, Kyoto University of Foreign Studies berkolabirasi dengan Universiti Sains Malaysia telah berhasil mengendalikan program ‘Halal Experiments of Japanese Bento’ dan ‘Readymade Side Dish atau Snack Survey’.

Halal mempunyai pelbagai maksud yang luas daripada perspektif doktrin keagamaan. Justeru, akan timbul risiko jika pengadilan makanan halal atau tidak halal dilakukan oleh orang bukan islam. 

Oleh itu, sebarang pengadilan mengenai halal dan haram harus dilakukan oleh individu yang beragama islam atau yang mempunyai ilmu mengenai islam.

Tujuan penyelidikan ini ialah untuk mencari ‘Muslim Friendly Japanese Restaurant’ dan Kedai Manisan Jepun dengan bantuan beberapa orang islam daripada  Malaysia.

Selepas mendapat kebenaran daripada pemilik restoran, pelekat ‘Muslim Friendly Logo’ akan ditampal di bahagian kedai kemudian setiap alamat kedai akan berada di dalam radar peta kami. Informasi di dalam laman web akan dilampirkan bersama gambar serta testimonial.

MATLAMAT PENYELIDIKAN.

Jika dilihat, jumlah orang islam daripada ASEAN yang berhijrah ke luar Negara semakin meningkat dari hari ke hari.Walaubagaimanapun di Kyoto, maklumat untuk orang islam masih lagi tidak mencukupi.

Terdapat banyak iklan yang mengajak pelancong datang melawat ke Jepun. Oleh itu,melalui promosi perlancongan dengan menikmati budaya Kyoto dan manikmati aneka rasa Kyoto, kami juga mempunyai bermatlamat untuk menukar daripada pasaran yang tidak mesra Muslim kepada pasaran mesra Muslim yang stabil.