Halal

TAKRIFAN HALAL

 HALAL bermaksud dibenarkan atau dizinkan dalam Hukum Syarak (undang-undang islam).

Perkataan ‘HALAL’, Dijamin Halal, Makanan untuk orang Islam atau perkataan lain yang membawa maksud yang sama: makanan yang tidak tercemar daripada bahan-bahan terutamanya daripada bahagian haiwan yang tidak dibenarkan Hukum Syarak  atau haiwan yang tidak disembelih mengikut Hukum Syarak; tidak mengandungi bahan-bahan yang dianggap tidak suci dalam Hukum Islam; tidak disediakan, diproses atau dihasilkan dengan menggunakan peralatan atau perkakas yang tidak terhindar dari kekotoran yang terdapat dalam hukum islam; dan dalam kerja persiapan, pemprosesan atau penyimpanan tidak dicampur sekali dengan makanan yang dianggap tidak bersih seperti yang terdapat dalam hukum islam.

Makanan halal juga boleh diaplikasikan oleh agama lain kerana ia juga menitikberatkan kebersihan dalam penyediaan makanan dan pada masa yang sama, tanpa menukar rasa asli makanan tersebut.

 BAGAIMANA MAKANAN HALAL DISEDIAKAN?

 *SUMBER MAKANAN DAN MINUMAN HALAL

1. HAIWAN DARAT

Semua haiwan darat dianggap halal untuk dimakan.

Kecuali:

 

  • Khinzir, anjing dan haiwan yang mempunyai taring yang diguna untuk memburu mangsa seperti harimau, beruang, gajah, badak sumbu, kucing dan haiwan yang sewaktu dengannya.
  • Burung yang mempunyai kuku yang tajam, paruh yang tajam, burung pemangsa seperti burung helang, burung hantu dan haiwan yang sewaktu dengannya.
  • Haiwan yang dibenarkan dalam Islam untuk dibunuh ialah seperti tikus, kala jengking, gagak, lipan, ular dan haiwan yang sewaktu dengannya.
  • Haiwan yang tidak dibenarkan dibunuh dalam Islam ialah seperti semut, lebah, burung belatuk, burung laying-layang dan labah-labah.
  • Haiwan yang dianggap kotor dalam Islam seperti kutu, lalat, ulat dan haiwan yang sewaktu dengannya.
  • Haiwan yang hidup di atas darat dan di dalam air (dua alam) seperti katak, buaya, kura-kura, anjing laut dan haiwan yang sewaktu dengannya.
  • Semua tumbuhan dan haiwan yang dihasilkan melalui biotecnologi diaggap halal kecuali untuk produk yang menggunakan DNA daripada sama ada khinzir atau anjing.

 2. HAIWAN AKUATIK

  • Haiwan akuatik adalah haiwan yang hidup di dalam air sahaja. Haiwan ini bersih dan boleh dimakan kecuali makanan tersebut mengandungi racun, memabukkan dan berbahaya kepada kesihatan manusia.

 3. TUMBUH-TUMBUHAN

  • Semua jenis tumbuhan atau sayuran dan produk berasas tumbuhan dianggap halal kecuali tumbuhan tersebut mengandungi racun, memabukkan dan berbahaya kepada kesihatan manusia dan produk bioteknologi tumbuhan yang mengunakan DNA daripada sumber yang dibenarkan dalam Hukum Islam.

4. MINUMAN

  • Semua jenis air dianggap halal diminum kecuali minuman yang mengandungi racun, memabukkan, berbahaya kepada manusia dan yang telah tercemar.

5. SUMBER SEMULAJADI

  • Semua sumber semulajadi seperti air, mineral dan sumber lain yang dibenarkan kecuali sumber yang telah tercemar oleh kumbahan, bertoksik, memabukkan dan bahaya kepada kesihatan.

6. SUMBER KIMIA

  • Semua sumber kimia dianggap halal kecuali sumber kimia yang telah tercemar dengan kumbahan, bertoksik, memabukkan dan bahaya kepada kesihatan.

7. MAKANAN SAMPINGAN

  • Makanan sampingan seperti penstabil makanan (gula,garam,etc), emulsi, pewarna dan bahan lain dianggap halal kecuali bahan-bahan daripada sumber yang ditidak dibenarkan dalam Hukum Syarak.